Saturday, July 22, 2006

Macam-Macam Peluang Bisnes(ONLINE BUSINES OPPORTUNITIES) di Internet Yang Boleh Dilakukan dari Rumah (Making Money From Home)

Tadi bagai dijanji-janji, terserempak dengan beberapa orang sahabat yang dulunya sehidup semati di dalam politik sewaktu jalan-jalan di pasar malam Mentakab.

Mula-mula terserempak dengan Saiful bersama isteri dan anak bongsunya. Apa lagi, makan durianlah selepas itu. Kemudian datang pulak 3 lagi pasangan sahabat bersama isteri masing-masing.

Selepas itu pindah ke Bukit Bendera. Minum-minum. Begitupun bagai biasa, bila ada peluang bisnes, sebagai suatu kewajipan, tetap bercerita kepada 2 orang yang datang menemui kami kemudian.

Bagai biasa juga, habis setakat mendengar sajalah. Kadang-kadang aku terfikir, sebebnarnya kehidupan manusia ini jika daif kerana minda yang terbiar, memang sebegitulah seterusnya kehidupan mereka.

Alangkah berbezanya dengan sahabat-sahabat seperjuangan di KL yang tidak pernah putus asa berjuang memperbaikki kehidupan mereka.

Salah seorang darinya seorang guru yang telah berjaya mengumpul lebih dari RM3,000,000.00 dari perniagaan MLMnya dalam masa 13 bulan berniaga. Yang seorang lagi kenalan, kabarnya, bulan lepas, pendapatan dari bisnes pelaburan melalui internetnya menghasilkan pendapatan melebihi RM800,000.00!

Kesimpulannya yang dapat dirumuskan, sesungguhnya kedhaifan minda itulah yang akan mengekalkan manusia di dalam kedhaifan hidup yang mereka jalani tersebut.

Peluang bisnes di mana-mana. Kalau pergi ke internet misalnya, bagaikan lombong berlian yang sedang menunggu untuk diterokai; dari perniagaan iklan Adsense oleh Google, Affiliate Marketing, Pelaburan dan segala macam lagi. Pokok pangkalnya, semuanya harus dilihat dengan minda, bukan mata kasar.

Kadang-kadang kesian benar melihatkan keadaan sahabat-sahabat. Namun apakan daya. Kita cuma boleh menunjukkan peluang dan akan membantu habis-habisan jika turut bersama. Tidak lebih dari itu.

Alangkah malangnya, bila manusia mulai selesa dengan kedhaifan. Mudah-mudahan akan dibuka Allah pintu hati mereka untuk melihat rezeki yang ditaburkan Allah di muka bumi ini.

InsyaAllah.

No comments: